Kuala Lumpur: Bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi menzahirkan kekesalan terhadap tindakan pencipta kandungan yang memasuki kediaman sahabat baiknya, Zalina Azman bagi menghasilkan kandungan berkaitan misteri kehilangan wanita itu.
Ras Adiba berkata, tindakan memasuki kediaman orang lain tanpa kebenaran tidak sepatutnya dilakukan sesuka hati, sebaliknya orang ramai perlu menghormati privasi pemilik rumah dan keluarga mereka.
Sahabat baik bekas personaliti TV3 itu, mengingatkan orang ramai supaya memikirkan perasaan keluarga, khususnya anak-anak wanita itu, sebelum melakukan sesuatu tindakan demi menghasilkan kandungan atau meraih perhatian.
"Kita mungkin mahu berkongsi sesuatu untuk mendapat perhatian, tetapi kita juga perlu mengambil kira perasaan anak-anaknya.









