KOTA BHARU – Satu hantaran aktivis masyarakat, Abbe Hae, berhubung dakwaan taktik baharu membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan van kurier mencetuskan perhatian pengguna media sosial.Hantaran pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan itu meraih 5,900 tanda suka, 965 perkongsian dan 758 komen dalam tempoh kira-kira sejam selepas dimuat naik di Facebook pada Selasa.Abbe Hae atau nama sebenarnya, Mohd Azhan Mohd Adnan mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki dipercayai warga asing menghampiri sebuah van kurier sebelum seorang individu dilihat keluar dari kenderaan berkenaan."Perhatikan dua warga asing ini menuju ke van. Dia buka pintu van, tiba-tiba keluar seorang individu dari dalam van."Susah sangat nak bawa dengan kenderaan biasa, kita pos sahajalah guna van. Mereka semakin berani sekarang disebabkan ramainya pihak yang bersubahat dengan mereka," tulisnya menerusi hantaran berkenaan.Menerusi hantaran itu, beliau mendakwa individu terbabit dipercayai warga asing dan berkemungkinan daripada etnik Rohingya.Beliau turut menyifatkan kejadian yang didakwa berlaku di kawasan terbuka di negeri ini sebagai sesuatu yang membimbangkan sekiranya benar melibatkan kegiatan membawa masuk atau memindahkan PATI menggunakan kaedah tersebut.Abbe Hae turut menggesa orang ramai supaya lebih peka dan menyalurkan rakaman berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan melalui saluran yang sesuai.
Abbe Hae dakwa wujud taktik baharu seludup PATI guna van kurier

Key takeaways
Abbe Hae mendakwa taktik baharu seludup PATI menggunakan van kurier, berdasarkan rakaman CCTV.
- Hantaran Abbe Hae tentang taktik baharu seludup PATI mendapat banyak tindak balas di media sosial.
- Dia menyatakan dua warga asing dikaitkan dengan van kurier, mungkin dari etnik Rohingya.
- Beliau meminta orang ramai lebih peka dan melaporkan aktiviti mencurigakan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Abbe Hae dakwa wujud taktik baharu seludup PATI guna van kurier (this story)







