Kuala Lumpur: Dua pesawat tempur ringan (LCA) baharu negara, FA-50M buatan Korea Selatan, dijangka tiba Jumaat ini.
Menerusi hantaran di Facebook 'Informasi Tempur', ketika ini, infrastruktur, anggota dan sokongan penyelenggaraan juga sudah disiapkan.
"Dua pesawat FA-50M pertama buatan Korea Selatan dijangka tiba Jumaat ini yang bakal mencatat sejarah baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Kita telah lama hendak menantikan berita sebegini setelah kali terakhir TUDM menerima pesawat tempur baharu pada 2007 iaitu Sukhoi Su-30MKM ketika itu," katanya.









