TEHRAN: Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan sepakat mengadakan rundingan dengan Iran mengelakkan perang di Asia Barat kembali tercetus.
Tehran menyifatkan rundingan membabitkan pegawai kanan dari negara berkenaan berlangsung dalam keadaan sangat baik.
Kementerian Luar Arab Saud, dalam kenyataan, berkata wakil dari tiga negara anggota pakatan Makkah itu berkunjung ke Iran bagi menjayakan usaha meredakan ketegangan antara pihak terbabit dalam krisis semasa.
Rundingan itu, yang turut disertai Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid Salman, berlangsung selepas amaran Amerika Syarikat (AS), Iran dan Israel bahawa permusuhan dalam konflik yang berlarutan selama lapan bulan itu boleh kembali tercetus.








