Senai: Selepas dikurniakan dua anak autistik, lelaki ini ditakdirkan isteri tercinta pula disahkan menghidap barah payudara tahap tiga pada bulan lalu.
Realitinya, Mohamad Azam Zuhri Azwan Boo, 36, tidak kuat namun bertahan kerana mengenangkan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang bukan hanya perlu mencari rezeki, namun perlu memberi semangat buat anak juga isteri, Norzehan Farrahin Mohd Jamil, 37.
Menceritakan kisahnya, Mohamad Azam Zuhri yang bekerja sebagai penyelia tapak di sebuah syarikat pembinaan, di sini, mengakui perasaannya bercampur-baur selepas mengetahui penyakit isteri.
"Pada awalnya, isteri beritahu yang dia sedar ada simptom iaitu ketumbuhan pada payudara dan ketulan pada ketiak kiri.








