Shah Alam: Lebih 3,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara menyertai National BijakWang Challenge 2026 anjuran mySalam bagi meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan generasi muda.

Pertandingan anjuran mySalam dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Ketua Skim mySalam, Syuhabib Ithnin berkata, ia menggabungkan elemen pengetahuan, kemahiran dan pemikiran strategik menerusi pendekatan gamifikasi serta aktiviti interaktif.

"Cabaran kewangan semasa semakin kompleks, namun pendidikan berkaitan perancangan kewangan masih belum diajar secara meluas di IPT.