MANCHESTER: Masa depan Michael Carrick sebagai pengurus Manchester United terus menjadi tanda tanya selepas barisan pengurusan tertinggi kelab itu mengadakan perbincangan tergempar susulan kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox, berada di pusat latihan Carrington semalam dan dipercayai mengadakan perbincangan menerusi panggilan video bersama pemilik minoriti, Sir Jim Ratcliffe serta pengerusi bersama, Joel dan Avram Glazer.
Belum ada kepastian sama ada keputusan muktamad sudah dibuat berhubung kedudukan Carrick, termasuk sama ada bekas pemain tengah United itu akan mengendalikan sesi latihan hari ini menjelang aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge, Sabtu ini.






