KOTA BHARU: Penjualan tiket secara dalam talian bagi program hiburan bertajuk 'WALI (Semalam di Kelantan)' yang tular di media sosial disahkan belum mendapat kelulusan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata semakan pentadbiran mendapati tiada permohonan rasmi diterima setakat semalam bagi penganjuran program berkenaan.

Katanya, semakan itu dibuat kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai Pegawai Pelesen di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan 2025 serta Perbendaharaan Negeri Kelantan (Treasury).

"Ini kerana bagi jualan tiket bagi acara hiburan memerlukan permit hiburan. Hasil semakan dengan pengurusan Stadium Sultan Muhammad IV pula mengesahkan ada tempahan dibuat oleh sebuah syarikat untuk menggunakan stadium pada tarikh berkenaan (22 Januari 2027), bersesuaian dengan iklan yang tular.