IPOH: Pemandu lori terbabit kemalangan membabitkan dua wartawan di Menglembu pada Ahad lalu, mendakwa kejadian itu kerana dia mengalami microsleep atau terlelap seketika.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.
Beliau berkata hasil ujian air kencing ke atas pemandu lori berusia 35 tahun mendapati lelaki itu negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Pemandu lori itu telah diambil keterangan. Ia memang satu kesalahan iaitu langgar belakang dan tindakan kita akan ambil nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.









