MOSCOW: Russia dan Ukraine memulakan gencatan senjata setempat bagi membolehkan operasi kemanusiaan dilaksanakan di bandar Oleshky yang diduduki Russia, menurut kenyataan kedua-dua pihak hari ini.
Kementerian Pertahanan Russia menerusi Telegram, memaklumkan pihaknya menghentikan serangan artileri ke arah bandar Kherson di Ukraine bermula jam 4 pagi waktu Moscow (9 pagi waktu Malaysia) bagi membolehkan persiapan operasi kemanusiaan di Oleshky, yang terletak di seberang Sungai Dnipro dari Kherson.
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Parlimen Ukraine, Dmytro Lubinets, mengesahkan gencatan senjata itu bermula pada waktu sama menerusi hantaran di Facebook.
"Sebagai ketua pasukan perunding Ukraine, saya mengesahkan pihak Ukraine mematuhi komitmennya," katanya.









