WASHINGTON: Hakim Persekutuan Amerika Syarikat (AS), mengarahkan kerja penebangan pokok di padang golf awam di tengah ibu negara itu dihentikan selepas ratusan pokok ditebang bagi menjayakan projek di bawah Presiden Donald Trump.
Trump yang gemar bermain golf dan memiliki padang golf di seluruh dunia, sebelum ini mencadangkan East Potomac Golf Links di Washington, sebuah padang golf awam dengan kadar bayaran berpatutan, dinaik taraf menjadi kemudahan yang mampu menganjurkan kejohanan bertaraf utama.
Kerja awal bagi projek naik taraf itu diteruskan walaupun berdepan saman daripada kumpulan alam sekitar dan bantahan pemain golf tempatan yang menyifatkan padang berusia 100 tahun itu sebagai antara lokasi yang jarang menawarkan peluang bermain golf pada harga berpatutan.









