WASHINGTON: Bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey, didakwa atas pertuduhan mendedahkan maklumat pertahanan Amerika Syarikat (AS).
Ia sekali gus menjadi kes jenayah ketiga dihadapinya sejak menjadi pengkritik lantang Presiden AS, Donald Trump.
Dalam pertuduhan jenayah yang dinyah rahsia mahkamah pada Isnin, Comey didakwa menyampaikan maklumat pertahanan kepada individu yang tidak berhak menerimanya pada Oktober 2016, ketika beliau mengetuai FBI.
Comey didakwa mengarahkan individu yang tidak dikenal pasti supaya mendedahkan maklumat pertahanan negara kepada wartawan daripada penerbitan berita nasional.









