REMBAU – Balai Undang Luak Rembau sekali lagi berdepan usaha pengosongan apabila beberapa pegawai kanan kerajaan hadir bagi mendapatkan semula milikan premis tersebut hari ini.
Bagaimanapun, usaha itu tidak diteruskan selepas perbincangan antara pihak terlibat mencapai persetujuan bahawa sebarang tindakan pengosongan perlu dibuat mengikut proses perundangan dan mendapatkan perintah mahkamah yang jelas.
Peguam mewakili Balai Undang Luak Rembau, Emirul Sarifudin Nor Azmi berkata, antara yang hadir ialah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pegawai Daerah Rembau, Ketua Polis Daerah serta beberapa ketua jabatan lain.
“Pada hari ini, kita dimaklumkan pihak sebelah sana datang untuk masuk dan mendapatkan semula milikan Balai Undang Luak Rembau.









