Hyderabad: Lima orang maut ditembak manakala seorang lagi cedera dalam kejadian yang berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan sebuah hotel di Guwahati, timur laut India, pada Isnin malam, menurut polis.
"Enam orang cedera akibat terkena tembakan, namun lima daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan dialami," kata Ketua Polis Guwahati Partha Sarathi Mahanta kepada pemberita.
Suspek yang dikenal pasti sebagai pemegang pajak, Ghanakanta Gogoi, telah ditahan dan sepucuk pistol turut dirampas.
Siasatan awal polis mendapati kejadian tembakan di Hotel Bilas Inn itu berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan hartanah berkenaan.






