Kuala Lumpur: Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad menjelaskan tujuan asal aplikasi navigasi TuJu dibangunkan adalah untuk menambah baik perkhidmatan di lebuh raya bertol dan bukannya untuk bersaing secara langsung dengan Waze.

Memetik laporan Malaysiakini, penjelasan itu dibuat susulan timbulnya persoalan mengenai langkah kerajaan mempromosikan TuJu sebagai alternatif kepada Waze, berikutan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya rakyat Malaysia beralih kepada aplikasi yang dibangunkan secara tempatan itu atas faktor keselamatan negara.

"Ia bukan (aplikasi) navigasi macam Waze. Kita hanya buat kerjasama untuk menambah-baik kita punya pusat pengurusan trafik," katanya dalam wawancara semalam.