HYDERABAD: Lima orang maut ditembak, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan hotel di Guwahati, timur laut India, malam tadi, menurut polis.
"Enam orang cedera akibat terkena tembakan, namun lima daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan dialami," kata Ketua Polis Guwahati, Partha Sarathi Mahanta kepada pemberita.
Beliau berkata, suspek yang dikenal pasti sebagai pemegang pajak, Ghanakanta Gogoi, ditahan dan sepucuk pistol turut dirampas.
Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian tembakan di Hotel Bilas Inn itu berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan hartanah berkenaan.









