LOS ANGELES – Insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di negeri Oregon, barat laut Amerika Syarikat(AS) semalam mengakibatkan ‘berbilang mangsa’, kata polis, dengan media tempatan melaporkan, tiga kanak-kanak dan seorang dewasa terkorban.
Jurucakap Jabatan Polis Bend, Sheila Miller berkata, polis bertindak selepas menerima laporan mengenai tembakan dilepaskan ke arah sebuah kereta diikuti beberapa panggilan kecemasan lain dalam tempoh beberapa minit mengenai penembak aktif di kawasan sekolah.
Anggota polis tiba di tempat kejadian selang beberapa minit selepas menerima panggilan kecemasa itu pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan), seterusnya menerima satu lagi laporan bahawa ‘penyerang telah ditembak mati’.









