Kuala Lumpur: Pelakon, Zarif Ghazzi, 22, memaklumkan siri dan filem Kudrat 1968 : High Council tidak hanya mengangkat isu buli, sebaliknya memaparkan realiti sistem hierarki, senioriti dan politik yang wujud dalam masyarakat.

Menurutnya, apa yang diketengahkan dalam karya bergenre aksi drama itu adalah setiap tindakan kekerasan berlaku mempunyai sebab dan ia dapat difahami dalam keseluruhan penceritaan filem itu.

"Perjalanan Kudrat 1968 ini panjang, dan penutup kisah daripada empat episod dalam drama bersiri sebelumnya akan terjawab dalam filem ini. Segala persoalan kenapa ada tindakan sebegitu dan sebegini serta kenapa dia kejam, pasti ada jawapannya.

"Jadi, kalau ada pertanyaan sama berterusan, saya tidak kisah perlu menjelaskan berkali-kali, bahawa naskhah Kudrat 1968 ini lebih dari kisah buli. Ia mengenai hierarki, senioriti dan politik.