KUALA LUMPUR: Bukan sekadar memaparkan aksi kekerasan dan budaya buli, filem Kudrat 1968: High Council mengupas sisi gelap hierarki, senioriti dan percaturan kuasa yang berakar dalam masyarakat, kata pelakon Zarif Ghazzi.
Zarif, 22, berkata setiap tindakan dan kekerasan yang dipaparkan dalam naskhah berkenaan mempunyai sebab tersendiri, sekali gus menjadi kunci kepada penceritaan yang melengkapkan keseluruhan francais High Council.
Katanya, filem itu menjadi jawapan kepada pelbagai persoalan yang ditinggalkan dalam empat episod terdahulu, termasuk sebab di sebalik tindakan kejam watak tertentu.
"Perjalanan Kudrat 1968 ini panjang. Episod kelima ini menutup cerita dan menjawab segala persoalan daripada episod pertama hingga keempat.






