Riyadh: Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner dijadual kembali beraksi pada kejohanan eksibisi Six Kings Slam di Arab Saudi, Disember ini selepas menarik diri daripada baki saingan musim 2026 akibat kecederaan lutut.

Penganjur mengesahkan pemain Itali itu akan menyertai kejohanan berkenaan yang ditunda dari 21 hingga 24 Oktober kepada 27 hingga 30 Disember susulan kebimbangan keselamatan.

Sinner, 25, sebelum ini mengumumkan tidak akan beraksi lagi sepanjang 2026 bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan yang dialaminya sejak menjuarai Wimbledon pada Julai lalu.

Keputusan itu menyaksikan dia turut terlepas saingan gelanggang keras tertutup di Eropah serta kejohanan akhir musim Jelajah ATP, ATP Finals di Turin, yang dimenanginya dalam dua edisi terakhir.