BEIJING: Dua jenama utama China menamatkan kerjasama dengan penyerang Real Madrid dan Perancis, Kylian Mbappe, hari ini, susulan penularan video yang memaparkan pemain itu didakwa bergurau mengenai bekas pemimpin negara berkenaan, Mao Zedong.

Syarikat minuman, Dongpeng, dalam kenyataan menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang menyinggung perasaan rakyat China, sambil mengumumkan penamatan serta-merta semua kerjasama dengan pemain berusia 27 tahun itu.

Pengeluar produk tenusu terbesar China, Mengniu, turut mengambil tindakan sama dengan menamatkan kerjasama bersama Mbappe berkuat kuasa serta-merta.

Mengniu dalam kenyataan berkata, pihaknya tegas menentang sebarang perkataan atau tindakan yang menyakiti perasaan rakyat China.