Kangar: Luluh hati dua beradik apabila menerima berita kematian bapa mereka, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), yang maut ketika bertugas di perairan Sungai Padang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan berusia 40-an dan bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Kedah/Perlis disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi rakan setugasnya mengalami kecederaan.
Anak sulung mangsa, Rayyan Shakimi, 14, berkata, dia mengetahui berita sedih itu kira-kira jam 3 pagi selepas ibunya, Sajaratul Akmal Abdul Shukor, 41, menerima panggilan telefon yang memaklumkan kejadian berkenaan.
"Mak kejut dan beritahu ayah dah tak ada (meninggal dunia)... masa itu saya memang berasa sangat sedih," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, hari ini.









