Kuala Lumpur: Pengarah siri dan filem Kudrat 1968: High Council, Zulaikha Zakaria menafikan dakwaan bahawan naskhah berkenaan mahu mengetengahkan budaya buli.

Zulaikha berkata, secara dasarnya terdapat pengajaran pada setiap babak ganas yang dipaparkan dalam karya itu.

"Bagi saya dari awal lagi pembikinan (drama) High Council, isu buli di sekolah terus dikaitkan dengan naskhah ini.

"Secara visual ia sangat dekat dengan apa yang terjadi, tapi bezanya dalam filem ini walaupun ada babak-babak ganas, saya tetap pastikan watak-watak tersebut ada pengajarannya.