Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang mesti segera membatalkan semua kelulusan bagi projek pembangunan di lereng bukit susulan kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kematian dan kerap berulang di seluruh negeri itu.

Ahli jawatankuasa MUDA Pulau Pinang, Andika Putera berkata, pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) - perlu mengutamakan keselamatan awam serta kelestarian alam sekitar berbanding kepentingan komersial.

Beliau merujuk kepada tragedi terbaharu pada Ahad lalu, apabila Dr Wong Kar Lin, 73, maut selepas tanah runtuh menghempap bahagian dapur rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong.

Satu lagi kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Tanjung Tokong pada hari sama, katanya.