Kuala Lumpur: Kemajuan keseluruhan pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) mengalami kelewatan sebanyak 9.19 peratus.
Ini menjadikan pembinaan berjaya disiapkan sebanyak 80.72 peratus, berbanding sasaran iaitu 89.91 peratus sehingga 25 September lalu.
Kementerian Pertahanan memaklumkan, sebanyak RM8.96 bilion atau 79.82 peratus daripada nilai kontrak berjumlah RM11.227 bilion sudah dituntut Lumut Naval Shipyard (LUNAS).
"Kesemua lima LCS kini dibina secara serentak pada tahap kemajuan berbeza. Kemajuan setiap kapal ialah LCS1 pada 86.78 peratus; LCS2 (82.76 peratus); LCS3 (75.84 peratus); LCS4 (65.48 peratus) dan LCS5 (56.82 peratus) sehingga 25 September lalu.








