BELGRADE: Presiden Serbia, Alek­sandar Vucic kelmarin me­ngakui kekalahan dalam pilihan raya bersejarah negara itu yang menyaksikan gerakan pimpinan pelajar menewaskan parti pemerintah selepas dua tahun mengadakan protes terhadap pentadbirannya.

Keputusan awal menunjukkan gerakan pelajar itu berpotensi memperoleh majoriti dalam Parlimen yang mempunyai 250 kerusi, sekali gus mencetuskan perubahan besar dalam landskap politik negara berkenaan.

Vucic yang semakin di­kri­­tik kerana pendekatan pe­merintahannya yang autoritarian, berkata, keputusan awal berdasarkan sampel undi menunjukkan partinya tewas kepada gerakan dikenali sebagai Senarai Pelajar.

“Jelas bahawa kita kalah dalam pilihan raya ini, manakala Senarai Pelajar menang.