WASHINGTON: Calon presiden Brazil yang tewas, Flavio Bolsonaro, mendakwa Mahkamah Agung mengarahkannya menyerahkan pasport dan melarang beliau meninggalkan negara selepas kekalahannya kepada Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, pada pusingan penentuan pilihan raya presiden pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Menerusi video yang dimuat naik di platform X pada Isnin, senator itu berkata, pegawai Polis Persekutuan menyerahkan perintah berkenaan kepadanya selepas beliau melawat bapanya, bekas Presiden Jair Bolsonaro yang kini menjalani tahanan rumah.

Bolsonaro berkata, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes pada malam Ahad, sejurus selepas Lula diumumkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun, salinan perintah mahkamah itu belum diperoleh, manakala asas perundangan bagi sekatan perjalanan berkenaan masih tidak jelas.