SAO PAULO: Debat pertama antara Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dan senator berhaluan kanan, Flavio Bolsonaro, bertukar tegang apabila kedua-dua calon saling melontarkan tuduhan rasuah dan pembohongan, menjelang pilihan raya presiden yang dijangka sengit.

Dalam perdebatan panas itu, kedua-dua calon berulang kali melabel satu sama lain sebagai penipu, selain membangkitkan pelbagai skandal dan bertelagah mengenai isu keselamatan awam serta penjagaan kesihatan.

Lula menyifatkan Bolsonaro sebagai ‘kaki penipu dan samseng’, termasuk menggelarkannya anggota militan.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan hubungan Bolsonaro dengan kumpulan separa tentera di Rio de Janeiro.