WASHINGTON: Dokumen baharu yang dikeluarkan Pentagon mendedahkan pengakuan menggemparkan berhubung penemuan mayat bukan manusia dan bangkai kapal angkasa dalam insiden terkenal di Roswell, New Mexico pada 1947.
Saksi utama yang dipercayai Pegawai Maklumat Awam Pangkalan Tentera Udara Roswell, Walter G Haut mendedahkan, beliau dibawa melihat mayat-mayat tersebut yang disimpan di bawah kain tarpaulin di dalam sebuah hangar khas berhawa dingin, Building 84.
Menerusi dokumen berkanun yang dirahsiakan Pentagon sejak 2002, saksi memperincikan bahawa mayat bukan manusia itu mempunyai fizikal kerdil berketinggian kira-kira 1.2 meter, bersamaan saiz seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.
Beliau turut menyatakan bahawa bahagian kepala mayat terbabit kelihatan jauh lebih besar daripada saiz manusia biasa. Bentuk kontur kepala makhluk itu dianggap amat luar biasa.









