MCA bertanding di tujuh kerusi pada PRN Melaka 2021, tetapi kali ini hanya diperuntuk Kelebang serta Machap Jaya yang dimenanginya dahulu.PETALING JAYA: Pertikaian agihan kerusi PRN Melaka yang menyaksikan MCA meninggalkan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) boleh menjejaskan momentum kebangkitan parti itu jika tidak diselesaikan secara adil, kata seorang penganalisis.

Liew Wui Chern daripada Universiti Tunku Abdul Rahman berkata kesan utama pertikaian itu buat masa ini lebih tertumpu kepada moral dan mobilisasi jentera akar umbi MCA, berbanding sokongan pengundi secara langsung.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan kemelut itu ketika MCA merekodkan pencapaian baik pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, termasuk menumbangkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di DUN Chenaah.