Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menggesa masyarakat tidak menganggap keganasan rumah tangga sebagai urusan peribadi, sebaliknya perlu tampil membantu melaporkannya.KUALA LUMPUR: Tidak diberikan wang untuk membeli pakaian, dimarahi kerana memesan barangan dalam talian atau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pasangan untuk memenuhi keperluan diri antara situasi yang boleh mencerminkan keganasan ekonomi dalam rumah tangga.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata keganasan rumah tangga bukan hanya melibatkan penderaan fizikal dan emosi, malah turut merangkumi kawalan ekonomi yang boleh menjejaskan kesejahteraan serta keyakinan mangsa.







