Istanbul: Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi amaran pada Isnin bahawa Sabtu depan kekal sebagai "hari berisiko tinggi" di tengah-tengah bantahan yang berterusan, dengan kesatuan sekerja menyeru agar mobilisasi di seluruh negara digerakkan pada 31 Oktober, lapor Anadolu Ajansi.

"Kita tahu bahawa Sabtu depan masih merupakan hari berisiko tinggi. Kita sedia maklum bahawa 5 Nov akan menyaksikan hari mobilisasi nasional yang melibatkan semua kesatuan sekerja, selain hari-hari Sabtu yang mendatang," kata Macron kepada pemberita semasa lawatannya ke Marseille.

Beliau menegaskan bahawa corak bantahan yang berulang pada setiap Sabtu bukanlah sesuatu yang "tidak dapat dielakkan", sambil menekankan pihak berkuasa akan terus mengatur langkah dan melindungi harta benda, orang awam serta kawasan pusat bandar.