Kuala Lumpur: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi mengurangkan kos logistik, meluaskan pasaran perniagaan dan menarik pelaburan ke pantai timur.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, bagaimanapun manfaat ekonomi itu bergantung kepada kesiapsiagaan bandar serta perusahaan tempatan di sepanjang laluannya.

Katanya, ECRL bukan hanya projek pengangkutan, sebaliknya berpotensi menyusun semula geografi ekonomi Semenanjung Malaysia dengan menghubungkan bandar dan pasaran yang sebelum ini dipisahkan oleh jarak.

"Perjalanan ekspres dari Gombak ke Kota Bharu dijangka mengambil masa kira-kira empat jam, berbanding tujuh hingga sembilan jam menggunakan kereta atau bas dalam keadaan perjalanan tertentu.