Kuala Lumpur: Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron) mencatatkan keuntungan bersih RM81 juta bagi suku pertama 2026, meningkat 16 peratus berbanding RM70 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan itu disumbangkan pengoptimuman pengeluaran, kecekapan operasi di Loji Penapisan Port Dickson (PDR) serta pelaksanaan strategi pengurusan risiko syarikat.
Pengerusinya, Ramon S Ang berkata, syarikat memulakan tahun ini dengan prestasi perniagaan yang kukuh meskipun berdepan cabaran luaran.
Katanya, kecekapan operasi, pengurusan sumber secara berhemah dan tumpuan kepada peluang yang menawarkan pulangan tinggi membantu meningkatkan nilai serta pertumbuhan syarikat.









