PETALING JAYA: Polis menahan dua individu termasuk pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 bagi membantu siasatan berhubung rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia, minggu lalu.

Seorang lagi individu yang ditahan ialah ejen atau broker penjualan kapal berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan awal mendapati kapal itu dibeli pada April lalu untuk dijual semula selepas menjalani kerja-kerja baik pulih (refurbishment) bagi memperoleh keuntungan.

“Kapal MT Global 168 itu bagaimana dijual kepada Golden Dolphin Co. Ltd yang beralamat di Yangon, Myanmar, menerusi ejen atau broker pada 28 Jun lalu.