SHAH ALAM - Empat individu dituduh di mahkamah di Pulau Pinang pada Rabu susulan kes membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera majikannya di Tanjong Sepat, Kuala Langat.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan terhadap empat suspek itu dibuat selepas pihak polis mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)."Pagi ini (Rabu), Insya-ALLAH di Pulau Pinang, semua suspek yang terlibat akan dituduh, kecuali seorang yang dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi polis, jadi, empat yang dituduh," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penderaan tersebut.Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an bermula Selasa hingga Jumaat lalu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok.Kes penderaan itu dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan enam individu termasuk seorang majikan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia hingga mangsa mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan di Tanjong Sepat.Kesemua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang.Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis berpuas hati bahawa semua individu yang terlibat dalam kes berkenaan telah ditangkap dan tiada usaha lanjut diperlukan untuk mengesan suspek lain setakat ini.Mengulas keadaan mangsa, Shazeli berkata, wanita berusia lingkungan 20-an itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil."Mangsa masih menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil serta berada di bawah pemantauan doktor," katanya.
Dera pembantu rumah: Empat individu dituduh di Pulau Pinang

Key takeaways
Empat individu dituduh di mahkamah Pulau Pinang atas tuduhan mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia di Tanjong Sepat, Kuala Langat. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan akibat insiden yang berlaku pada 16 Oktober lalu.
- Empat suspek berusia 20 hingga 30-an dituduh selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya.
- Seorang suspek dibebaskan dan dijadikan saksi polis manakala tiga wanita antara yang direman empat hari.
- Kesemua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 9 individu perdagang budak dituduh sertai kumpulan terancang
- Sinar Harian Dera pembantu rumah: Empat individu dituduh di Pulau Pinang (this story)









