KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengesahkan akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13 ) tidak lama lagi.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat GPS yang dihadiri semua presiden parti komponen di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi GPS, berkata gabungan itu bersedia menghadapi pilihan raya berkenaan walaupun tarikh rasmi PRN belum ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
GPS ialah gabungan politik yang mentadbir negeri, ditubuhkan pada 2018 selepas parti-parti komponennya keluar daripada Barisan Nasional (BN) susulan Pilihan Raya Umum ke-14.










