KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama dengan presiden parti-parti komponen gabungan itu hari ini."Tarikh (PRN Sarawak) belum kita ketahui kerana akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi di pihak GPS, kita sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini hari ini.Beliau berkata, GPS sedang menunggu keputusan SPR mengenai tarikh pilihan raya sebelum menentukan langkah seterusnya.Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen GPS, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiptera Bersatu (PBB) berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci berdasarkan kerusi dimenangi masing-masing ketika ini.Pada 23 Oktober lepas, Abang Johari mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober bagi memberi laluan kepada PRN13.SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 November depan bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN itu.Pada PRN ke-12 yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.Bagaimanapun, dinamik politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024, yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB, See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.GPS dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP. - Bernama
PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi - Abang Johari

Key takeaways
GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak pada PRN ke-13, menurut Abang Johari. Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat gabungan, manakala tarikh pilihan raya masih menunggu pengumuman SPR.
- GPS bersedia menghadapi PRN ke-13 dan akan menunggu keputusan SPR mengenai tarikh pilihan raya.
- Pembahagian kerusi antara parti komponen GPS akan dibincangkan berdasarkan kerusi yang dimenangi pada PRN lepas.
- DUN Sarawak dibubarkan pada 26 Oktober lepas untuk memberi laluan kepada PRN ke-13.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Free Malaysia Today , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi DUN
- Berita Harian PRN Sarawak: GPS tanding semua 82 kerusi - Abang Jo
- Sinar Harian PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi - Abang Johari (this story)
- Utusan Malaysia PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi
- Free Malaysia Today GPS tanding semua 82 kerusi PRN Sarawak








