PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, hari ini mengekalkan keputusan membebaskan ahli perniagaan daripada 122 pertuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu berkaitan pelaburan pembekalan peralatan perubatan bernilai lebih RM6 juta pada 2015.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K Muniandy, membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang melepaskan dan membebaskan N Narendran, 46, pada Januari 2022.
Hakim Muniandy ketika menyampaikan keputusan, berkata Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi sudah menilai beban pembuktian serta prinsip undang-undang dengan tepat sebelum membuat keputusan berkenaan.








