Kuching: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengesahkan akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13 ) Sarawak tidak lama lagi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat GPS yang dihadiri semua presiden parti komponen gabungan berkenaan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Beliau berkata, GPS kini bersedia menghadapi pilihan raya berkenaan, walaupun tarikh rasmi PRN masih belum ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).