Sihanoukville, Kemboja: Kira-kira 200 penumpang yang membayar untuk tinggal di kapal persiaran sambil mengembara ke seluruh dunia terkandas secara tiba-tiba di sebuah pelabuhan di Kemboja selepas syarikat pengendalinya kehabisan wang, menurut seorang pegawai pada Rabu.

Pengendali berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Villa Vie Residences, pada Selasa mengumumkan bahawa pihaknya menggantung operasi di Kemboja ketika berusaha menangani "kenaikan luar biasa" kos bahan api susulan perang Iran.

Kapal Odyssey sepanjang 200 meter (656 kaki) itu meninggalkan Ireland Utara pada Oktober 2024 untuk pelayaran berterusan yang membolehkan penghuni membeli atau menyewa bilik bagi tujuan percutian atau menetap sepanjang hayat, malah ada penumpang menjual semua harta benda mereka untuk membiayai perjalanan berkenaan.