Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lapan negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramal di seluruh Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Raub.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk Selangor di Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling dan Hulu Selangor serta Seremban, Rembau, Port Dickson dan Jelebu di Negeri Sembilan.









