HONG KONG – Dua lelaki warga China ditahan selepas pegawai kastam memintas sebuah bot laju membawa muatan kira-kira 2.23 juta batang rokok yang dianggarkan bernilai HK$10 juta (RM5.2 juta) di Hong Kong, lapor laman berita The Standard.
Penahanan itu dibuat berikutan operasi anti-penyeludupan di perairan tenggara Hong Kong pada pagi kelmarin.
Pihak berkuasa mengesan sebuah bot laju mencurigakan yang bergerak menuju ke Pulau South Ninepin tanpa menghidupkan lampu navigasi.
Mereka kemudian memintas bot berkenaan yang dilengkapi tiga enjin sangkut berkuasa tinggi sebelum merampas muatan rokok disyaki untuk diseludup, dengan nilai duti dianggarkan mencecah kira-kira HK$7.37 juta (RM3.8 juta).









