Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Faradhiya meminta masyarakat tidak menormalisasikan sikap bertanya soalan terlalu peribadi terutama berkaitan status perkahwinan seseorang.
Menerusi perkongsian Threads, Faradhiya, 42, berkata, individu yang tidak mengenali seseorang secara rapat seharusnya tidak sewenang-wenang mengajukan soalan mengenai mengapa masih belum berkahwin atau sama ada tiada individu berminat untuk menjadikannya pasangan hidup.
"Pendapat saya, kalau tak kenal rapat, tak perlu tiba-tiba secara rawak tanya soalan kenapa tak kahwin lagi, tak nak kahwin ke atau tak ada orang nak?
"Sebab yang kenal rapat pun memang takkan tanya soalan macam itu," katanya.









