KUCHING - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How memutuskan untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).Dalam kenyataan hari ini, Chee How berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepimpinan politik Sarawak telah mengorak hala tuju politik berteraskan negeri yang tersendiri."Yang menarik perhatian saya ialah penekanan GPS terhadap hak perlembagaan, kepentingan dan aspirasi Sarawak, serta keazaman untuk memperjuangkannya melalui institusi politik negeri sendiri."Saya percaya dengan menyertai SUPP dan bekerjasama dalam GPS akan memberi saya peluang untuk menyumbang secara langsung dan lebih berkesan terhadap kemajuan matlamat bersama ini," katanya.Chee How dipilih sebagai ADUN Batu Lintang buat kali pertama pada pilihan raya negeri (PRN) 2011 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempertahankan kerusi itu pada 2016.Beliau dipecat daripada PKR pada April 2020 sebelum menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).Chee How mengekalkan kerusi itu pada PRN 2021 di bawah PSB sebelum meninggalkan parti berkenaan pada 2022 untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas. - Bernama
ADUN Batu Lintang, See Chee How mohon sertai SUPP

Key points
- KUCHING - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How memutuskan untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
- Dalam kenyataan hari ini, Chee How berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepimpinan politik Sarawak telah mengorak hala tuju politik berteraskan negeri yang tersendiri.
- Chee How dipilih sebagai ADUN Batu Lintang buat kali pertama pada pilihan raya negeri (PRN) 2011 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempertahankan kerusi itu pada 2016.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Batu Lintang rep applies to join SUPP
- Sinar Harian ADUN Batu Lintang, See Chee How mohon sertai SUPP (this story)







