KUALA LUMPUR: Bekas Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah juga menaikkan jaminan Badrul sebanyak RM5,000 menjadikan jaminan keseluruhan RM15,000.