KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap bekas Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul Hisham, 48, atau dikenali sebagai Chegubard selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini.Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah jaminan RM15,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman manakala Badrul Hisham diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.Pada 24 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin memerintahkan Badrul Hisham membela diri atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan aktivis itu di akhir kes pendakwaan.Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu pada 4 November tahun lepas selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki tersebut.Pada 29 April 2024, aktivis politik itu didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Januari 2024 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama
Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan

Key takeaways
Badrul Hisham dihukum empat bulan penjara kerana mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Sultan Ibrahim.
- Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman empat bulan penjara terhadap Badrul Hisham.
- Hukuman boleh ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM15,000.
- Badrul Hisham didakwa atas kenyataan fitnah yang merosakkan nama baik Sultan Ibrahim.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Chegubard dipenjara 4 bulan kerana fitnah
- Malaysiakini (BM) Dakwaan fitnah Agong: Chegubard dihukum penjara empat bulan
- Sinar Harian Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan (this story)
- Utusan Malaysia Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan







