Badrul Hisham Shaharin didakwa pada 29 April 2024 atas kesalahan fitnah jenayah yang dilakukan pada 22 Jan tahun sama.PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, atas kesalahan fitnah jenayah berkaitan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata Hakim Norma Ismail memutuskan pembelaan Badrul gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Katanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mendengar hujahan mitigasi daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.