MCA akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung agihan kerusi PRN Melaka di Wisma MCA.PETALING JAYA: MCA akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini berhubung agihan kerusi PRN Melaka Barisan Nasional (BN) yang didakwa pimpinan parti itu masih belum selesai.
Sumber parti itu memberitahu mesyuarat berkenaan berlangsung di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
"Semua kebarangkalian akan dibincangkan dan dinilai dari segi positif dan negatif.
"Pendek kata, tidak akan menolak sebarang kemungkinan," katanya kepada FMT mengulas sama ada mesyuarat itu akan turut membincangkan kemungkinan parti itu bertanding logo MCA pada PRN Melaka, 14 Nov depan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-45_467677.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

