WASHINGTON: Kos peperangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran melonjak kepada AS$47.1 bilion (RM192bilion) setakat 16 Oktober.
Lebih 60 peratus perbelanjaan digunakan untuk bom, peluru berpandu dan pelbagai jenis senjata, menurut anggaran terbaru Pentagon.
Jumlah itu meningkat lebih 25 peratus berbanding anggaran AS$37.5 bilion (RM153 bilion) yang diumumkan Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth, pada Julai lalu, sekali gus menunjukkan beban kewangan peperangan yang bermula pada 28 Februari semakin meningkat.
Menurut data Pentagon yang diperoleh Reuters, tentera AS membelanjakan kira-kira AS$29 bilion (RM118.2 bilion) untuk peluru berpandu, bom dan peluru lain sejak peperangan bermula.










